CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Malam ni merupakan malam terakhir bulan Ramadhan...Sayu rasa hati Opah bila Ramadhan kian melabuhkan tirainya..Dalam setahun hanya ada sebulan dan untuk menantikan kemunculan semula bulan ramadhan yang mulia ini terpaksa la kita menunggu setahun lagi...Satu jangkamasa yang panjang yang tentunya berbagai kemungkinan bakal terjadi..Apakah kita masih berada di muka bumi Allah ini..Apakah kita akan merasai lagi kemanisan berada di bulan yang mulia ini...Tahun demi tahun ketibaan ramadhan makin kurangnya keujudan orang2 yang kita kenali..Sesungguhnya perginya ramadhan mengundang seribu rasa pilu dan sayu di hati Opah..tak taula jika ianya sama pada insan2 lain...



InsyaAllah esok sinar mentari Syawal bakal menjelma..dan seluruh umat islam akan menyambut ketibaan Syawal merayakan Aidilfitri..Perjuangan kita selama sebulan di bulan Ramadhan disambut dgn meriahnya dgn ketibaan Aidilfitri...Cuba kita tanya pada diri sendiri apakah berbaloi kita berhabisan menyambutnya berbanding dgn apa yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan..tepuklah dada tanyalah selera...yang Opah tau selera di bulan Ramadhan mmg susah nak kawal...hehe

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini Opah ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin...manala tau kot2 Opah ada terkasar bahasa menyinggung rasa...Opah minta maaf byk2...maklumla orang tua kekadang bukan perasan sangat apa yang dia buat kan...Semoga kita dipanjangkan umur dimurahkan rezeki untuk bersama lagi di tahun mendatang..Salam Aidilfitri dari Opah dan keluarga.....

0 comments: